China Masters: Permulaan cemerlang Pang Ron, Yee See

222

PASANGAN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan seterusnya pada Kejohanan Badminton China Masters 2019 di Hainan, hari ini.

Pasangan itu yang diletakkan selaku pilihan utama, hanya mengambil masa 28 minit untuk mara ke pusingan kedua setelah menewaskan gandingan muda China, Ye Yuanpeng-Zhang Jinger; 21-11, 21-18 dalam aksi pusingan pertama berlangsung di Agile Stadium of Lingshui Culture and Sports Square, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dalam pada itu melangkah ke pusingan ketiga selepas menumpaskan Hsueh Hsuan Yi dari Taiwan; 21-18, 18-21 dan 21-7 dalam aksi pusingan kedua.

Gandingan beregu lelaki profesional Malaysia yang juga pilihan keempat, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen turut menempah slot ke pusingan kedua selepas berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pasangan China, Huang Di-Liang Yongwang; 21-8, 19-21 dan 21-9.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan Jelajah BWF berstatus Super 100 itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US$75,000 (RM306,667).

(Nota: Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan, dan [ ] menandakan pemain pilihan)

Perseorangan Lelaki (pusingan kedua)

Iskandar Zulkarnain Zainuddin mn Hsueh Hsuan Yi (TPE) 21-18, 18-21, 21-7

Liu Haicao (CHN) mn [3] Chong Wei Feng 21-17, 21-16

Beregu Lelaki (pusingan pertama)

Chang En Chia-Chen Xin Yuan (TPE) mn Muhammad Ammar-Muhammad Amir Mohd Sani 21-11, 21-19

Chung Yonny-Or Chin Chung (HKG) mn Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 18-21, 24-22, 21-17

Choong Hon Jian-Man Wei Chong mn Liang Weikeng-Shang Yichen (CHN) 21-19, 16-21, 21-19

[4] Chooi Kah Ming-Low Juan Shen mn Huang Di-Liang Yongwang (CHN) 21-8, 19-21, 21-9

Kim Sa Rang-Tan Boon Heong (KOR/MAS) mn Lin Chun-Yi-Yu Sheng Po (TPE) 21-16, 21-16

Beregu Campuran (pusingan pertama)

[1] Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Ye Yuanpeng-Zhang Jinger (CHN) 21-11, 21-15

Komen anda