Conte tolak spekulasi ke PSG

313
Conte rancang untuk kekal di Stamford Bridge
Conte rancang untuk kekal di Stamford Bridge

PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte memberitahu yang dia belum menerima sebarang tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG) bagi menggantikan Unai Emery, musim depan.

Semalam, PSG mengesahkan bahawa Emery akan angkat kaki pada akhir musim ini, walaupun hanya perlu menumpas Les Herbiers dalam final Coupe de France untuk merakamkan tiga kejuaraan domestik.

Conte dilaporkan dalam kalangan pilihan untuk mengambil alih tugasan di Parc des Princes, selain daripada bekas jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.

Ketika ditanya sama ada wujud perbincangan dengan PSG, Conte mengesahkan yang pasukan itu belum menghubunginya berhubung perkara berkenaan.

Malah Conte yang masih memiliki kontrak bersama Chelsea sehingga 2019 turut menegaskan bahawa dia tidak berminat andai diberikan tawaran itu dan merancang untuk kekal di Stamford Bridge.

“Tidak, jawapan saya selalu sama.

“Saya komited bersama kelab ini, saya terikat dengan kontrak, niat saya adalah untuk terus bekerja dengan kelab ini,” katanya.

Komen anda