Cub Prix: Pecutan Azroy terpantas di Jasin

323

 

AZROY Hakeem Anuar memulakan musim 2019 dengan positif apabila berjaya mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan kategori CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jasin, Melaka, hari ini.

 

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 47.924s, hampir satu saat lebih pantas berbanding rekod litar musim 2018 mengatasi Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang mencatat masa terbaik 47.949s.

 

Rakan sepasukan Azroy yang tidak beraksi pada musim lepas, Md Zaqhwan Zaidi turut bermula positif setelah mencatat masa ketiga terpantas, 48.017s manakala juara keseluruhan  Cp150 2018, Ahmad Afif Amran turut memberikan saingan di kelompok hadapan dengan catatan keempat terpantas, 48.060s.

 

Keputusan ini juga menyaksikan permulaan positif buat kem Honda dan beberapa perubahan teknikal jentera yang diperkenalkan pada musim ini dijangka bakal menjadikan persaingan kelas perdana pada musim ini lebih sengit.

 

“Satu permulaan yang baik buat pasukan kami namun kami masih belum boleh berpuas hati. Masih terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan terutama menjelang sesi kelayakan Superpole esok,” jelas Azroy.

 

Tambahnya, “Pada masa sama kami masih belum mengetahui keupayaan sebenar jentera pasukan lawan kerana ini baru perlumbaan pertama untuk tahun 2019. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya keputusan hari ini dapat meningkatkan semangat dan keyakinan kami sepasukan.”

 

Sementara itu, duo Motul Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Md Adib Rosley menguasai sesi kelayakan CP115, masing-masing dengan catatan terbaik 49.451s dan 49.710s. Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 49.955s

 

Sementara itu, Md Zaki A Zamri bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA di kedudukan pertama setelah mencatat masa terpantas 50.353s sesi kelayakan Shootout.

 

 

 

KEPUTUSAN

 

CP150 (KELAYAKAN)

 

1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 47.924s

 

2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.949s

 

3 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 48.017

 

4 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 48.060s

 

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 48.063s

 

 

 

CP115 (KELAYAKAN)

 

1 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.451s

 

2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 49.710s

 

3 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49.955s

 

4 Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 49.997s

 

5 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.066s

 

 

 

WIRA (SHOOTOUT)

 

1 Md Zaki A Zamri (SGR) Persendirian 50.353s

 

2 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 50.390s

 

3 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 50.555s

 

4 Haizilazri Hadi (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 50.559s

 

5 Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 51.081s

 

 

 

 

 

 

Komen anda