DBKL Kuda Merah kembali gegar Stadium Tasik Titiwangsa

70

KERINDUAN peminat terhadap sukan muay thai bakal terubat apabila cabaran DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2019 kembali berlangsung di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 31 Ogos dan 1 September depan.

Pengerusi teknikal kejohanan, Rosli Yaacob berkata, saingan kali ini dijangka sengit dengan kehadiran beberapa petinju ternama seperti Iwan Bigboyz, Pokku dan beberapa petinju dari Thailand dan Filipina.

“12 regu akan dipertandingkan dengan enam regu pada malam pertama dan selebihnya pada malam kedua. Semua peninju adalah peninju pilihan dan antara yang terbaik di antara yang terbaik termasuk daripada Filipina dan Thailand.

“Lima peninju Thailand akan berjumpa dengan peninju dari Malaysia dan kami di pihak penganjur menjanjikan pertarungan hebat dan akan memuaskan hati peminat muay thai di negara ini,” katanya.

Rosli berkata, pada kejohanan kali ini, penyandang kejuaraan edisi lalu bakal kembali dicabar dan sebanyak 12 tali pinggang menjadi rebutan.

Tiket perlawanan dijual pada harga RM15 jika dibeli melalui ejen manakala harga RM20 bagi penonton yang membeli di kaunter Stadium Titiwangsa.

Komen anda