De Bruyne cetus tanda tanya…

966

 

STATUS tonggak Manchester City, Kevin De Bruyne masih samar-samar sama ada dapat diturunkan dalam aksi penting bertemu Liverpool awal pagi Jumaat nanti.

 

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, status kecederaan bintang kebangsaan Belgium itu masih belum dapat disahkan, justere beliau tidak dapat memberi bayangan adakah De Bruyne akan kembali memperkuatkan pasukan.

 

“Saya tidak tahu apa keadaan De Bruyne sekarang.

 

“Apa yang saya tahu kecederaannya tidak serius, tapi saya tidak boleh menjanjikan apa-apa (sama ada akan beraksi bertemu Liverpool atau tidak),” katanya.

 

De Bruyne ditimpa nasib malang sepanjang musim ini apabila dua kali dibelenggu kecederaan lutut hingga menyaksikan beliau jarang diturunkan City.

 

Ketiadaan De Bruyne jelas dirasai sejak akhir-akhir ini apabila prestasi The Citizens merudum dengan tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Leicester City dan Crystal Palace.

Komen anda