Dickson Nwakaeme is back! Orang besi mengganas di Cheras

2354

FOTO: IZAHAR ATAN

 

BEKAS penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme membuktikan reputasinya selaku peledak berbisa selepas menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 pada aksi menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

 

Nwakaeme yang meninggalkan Tok Gajah dan menyertai kelab Liga Perancis, Angers SCO pada 2015 meledak gol pada minit 52 dan M90 untuk memastikan tiga mata buat  Pahang menewaskan Kuala Lumpur, 3-1 pada saingan Liga Super 2019.

 

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, ketangkasan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Sharbinee Alawee mempertahankan gawang dari dibocori lawan hanya mampu bertahan sehingga minit 23 sebelum pemain import Pahang, Saddil Ramdani melakukan rembatan leret menewaskannya selang seminit kemudian.

 

Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat pelawat yang terus melakukan serangan dan memiliki beberapa peluang melalui Dickson Nwakaeme dan Mohamadou Sumareh namun dinafikan Sharbinee untuk keputusan kekal 0-1 pada separuh masa pertama.

 

Bersambung babak kedua, pemain gantian Kuala Lumpur, Afiq Ahmad Razali tidak menunggu lama untuk mengegarkan gawang Pahang pada minit ke 46 apabila menewaskan Mohd Helmi Eliza Elias yang dilihat tidak banyak diuji pada 45 minit babak pertama.

 

Namun kecerian The Hawks tidak bertahan lama apabila Nwakaeme atau lebih mesra dengan gelaran Orang Besi membuktikan impaknya dengan meledak gol kedua pada minit ke 52 sebelum meledak gol ketiga perlawanan apabila mudah mengelecek pertahan lawan termasuklah penjaga gol untuk gol ketiga Pahang.

 

GALERI GAMBAR:

 

Komen anda