‘Doa saya sentiasa bersama keluarga arwah’

680

SHAFIQ TINO

KEMALANGAN mengorbankan pelumba Cub Prix Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing, Mohd Hafiz Nor Azman yang bersaing dalam Kategori CP150 ketika perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam laman twitter peribadinya, Tunku Ismail berdukacita dengan kemalangan yang menimpa pelumba berusia 22 tahun berkenaan.

“Begitu menyedihkan saya mendengar berita mengenai kemalangan pelumba, Mohd Hafiz Nor Azman dalam Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia, Petronas di Bandar Penawar, Johor, hari ini.

“Takziah dan doa saya sentiasa bersama keluarga arwah,” katanya menerusi tweet tersebut.

Terdahulu, tular klip berdurasi 40 saat yang memaparkan kemalangan bermula dengan rakan sepasukannya dari Terengganu, Ahmad Afif Amran melanggar papan penghadang iklan litar sebelum disusuli oleh Mohd Hafiz.

Komen anda