Emery puji kebangkitan Gunners

389

PENGURUS Arsenal, Unai Emery memuji kemampuan pasukannya dalam mengatasi tekanan setelah mereka bangkit dari kekalahan 3-1 pada pusingan pertama 16 terbaik Liga Europa dengan Rennes untuk meraih kemenangan 3-0 dan mara ke suku akhir dengan agregat 4-3 awal pagi tadi.

Dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang di setiap babak serta gol Ainsley Maitland-Niles menyaksikan kelab dari London itu menyertai seteru tetangga, Chelsea di peringkat lapan terbaik kejohanan Eropah itu.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Arsenal menjadi pasukan kedua dalam sejarah Liga Europa yang berjaya meskipun tewas perlawanan pertama 1-3.

“Kebangkitan pada kali ini sangat sukar namun apa yang saya lihat reaksi daripada pemain sangat bagus. Kami bangga dengan pemain kami hari ini kerana ia adalah minggu yang sangat sukar apabila bertemu Manchester United pada hari minggu dan hari ini melawan Rennes.”

“Bermain di bawah tekanan itu bagus dan berjaya bangkit lebih baikpa tumbuh di bawah tekanan. Setiap pemain bermain sebagai sebuah pasukan dan merasai tekanan untuk memberikan prestasi terbaik mereka,” kata Emery.

Pada saingan Liga Perdana, Ahad lalu, Arsenal menang 2-0 ke atas United untuk kembali menghidupkan peluang menamatkan saingan di kelompok empat pasukan terbaik.

Sebelum ini The Gunners terlepas aksi di Liga Juara-Juara sejak dua musim lalu dengan rekod buruk mereka di gelanggang lawan terus menjadi kebimbangan utama namun Emery menegaskan kejayaan di pentas kedua elit Eropah itu memberi peluang buat Arsenal untuk menjulang trofi musim ini.

Komen anda