EPL: Liverpool terus tekan Manchester City

980

LIVERPOOL terus memberi tekanan kepada pendahulu Manchester City apabila kini ketinggalan satu mata dibelakang penyandang juara itu selepas melakar kemenangan tipis 4-2 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield sebentar tadi.

Tuan rumah yang bermula garang bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Burnley Ashley Westwood seawal minit keenam sebelum Firmino menyamakan kedudukan pada minit ke-19 diikuti jaringan Sadio Mane minit ke-29 bagi mendahului 2-1 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua The Reds kendalian Jurgen Klopp terus mengandakan asakan dan hasilnya Firmino sekali lagi melebarkan jaringan tuan rumah pada minit ke-67 bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Jentera Dyche Sean yang tidak berputus asa terus mengasak akhirnya mengurangkan defisit menerusi jaringan Gudmundsson pada minit ke-91 sebelum Mane membarakan semangat pemburuan kejuaraan liga menerusi jaringan pada minit ke-93′.

Manchester City kini mendahului liga dengan mengumpul 74 mata diikuti Liverpool 73 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.

Komen anda