Erke barakan semangat Raja Pecut SUKMA 2018

411
Michael Lim bersama tetamu selepas pada pelancaran kedai barangan sukan Erke, semalam.

JENAMA produk sukan antarabangsa, Erke kini melebarkan sayap perniagaannya di negara ini.

Pengarah Urusan Erke Malaysia, Datuk Michael Lim berkata, buat permulaan sebuah kedai barangan sukan Erke telah dibuka di Melawati Mall.

“Jenama Erke menawarkan pelbagai produk sukan selesa dipakai dan juga harga mampu milik oleh orang ramai,” katanya pada majlis pelancaran kedai barangan sukan Erke di Melawati Mall.

Jenama sukan Erke mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan sudah memiliki 7,000 kedai di 40 negara seluruh dunia.

Muhammad Aqil Yasmin

Sementata itu, Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Muhammad Aqil Yasmin mahu mendapatkan semula catatan 10.39 saat bagi acara 100 meter direkodkannya pada temasya itu September tahun lalu di Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia dari 30-31 Mac ini.

“Saya mensasarkan untuk mendapatkan tempat ke Sukan SEA Filipina hujung tahun ini buat kali pertama. Jadi untuk layak ke sana, kami akan dinilai di GP.

“Saya akan cuba mendapatkan catatan masa pada SUKMA lalu dan jurulatih (Simon Lau) sudah pun merancang program bagi saya sebelum ke GP nanti,” katanya.

Pada September lalu, Aqil juga memperbaharui rekod kejohanan bagi acara 200m dengan catatan 21.01s, sekali gus memadam pencapaian jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan.

Aqil yang belum pernah mewakili negara di Sukan SEA mengakui saingan sengit untuk ke temasya itu apabila perlu bersaing dengan pelari pecut lebih senior seperti Khairul Hafiz dan juga Jonathan Nyepa.

Untuk rekod Aqil, 19, disenaraikan sebagai pelari simpanan dalam kuartet 4x100m negara ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Komen anda