FAM dan PPj bincang perkembangan terkini projek ibu pejabat baharu FAM

236

PESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim di Putrajaya, sebentar tadi.

Turut serta, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Exco FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Pada pertemuan itu, perbincangan adalah lebih terarah kepada perkembangan terkini projek pembinaan ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, Putrajaya bagi menggantikan ibu pejabat sedia ada, Wisma FAM di Kelana Jaya.

Pembinaan ibu pejabat baharu FAM ini sebenarnya turut terkandung dalam Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM 2019-2030 yang dinamakan F:30, di bawah teras Pembangunan iaitu infrastruktur Rumah Baharu FAM dalam misi menjadikan FAM sebagai persatuan moden dan progresif.

Selain bangunan pentadbiran, Rumah Baharu FAM itu turut akan dilengkapi Pusat Kecemerlangan Bolasepak Kebangsaan merangkumi pusat latihan berteknologi tinggi untuk pasukan-pasukan kebangsaan serta kemudahan lain bagi melahirkan lebih ramai pemain, jurulatih dan pengadil terbaik untuk Malaysia.

Komen anda