‘FAM tengah urus dengan JDT’ – Rakaman perbualan Akhyar Rashid tersebar…

56877

“FAM tengah urus dengan JDT, biar depa uruslah”.

Itu antara perbualan di antara pemain kontroversi, Akhyar Rashid dengan seorang individu bernama Hairi yang telah tersebar di media sosial hari ini.

Dalam satu video yang di muat naik di laman Facebook Lang Hijau Kuning, Akhyar Rashid difahamkan perlu bertemu seseorang (atau satu pihak) mengenai isu membabitkan dirinnya.

Bagaimanapun, Akhyar dilihat enggan hadir ke pertemuan itu dan meminta perkara itu diuruskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berikut antara perbualan yang ditranskrip Sukan Sinar.

“Hello Hairi..Malam ni depa nak suruh mai (datang) ka? Nak buat apa? Tak payah lah!

“Bagi lah ni urus…FAM tengah urus dengan JDT..Biar depa uruslah…Depa dah urus dah tu..Lepas itu tunggu depa meetinglah..,” kata Akhyar.

Bagaimanapun individu terbabit cuba memujuknya dan bercakap soal kontrak, namun Akhyar tetap berkeras.

“Biaq pi lah, malas lah! Tak maulah!,” kata Akhyar lagi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pihak yang mahu mengadakan pertemuan itu ialah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) atau tidak.

Komen anda