Geng 52 senada dengan RMS

292
Ariffin menyifatkan masih awal untuk menghukum Sathianathan.

BEKAS Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Ariffin Abd Hamid mahu penyokong The Red Giants tidak terlalu awal menghukum pengendali Selangor, B Sathianathan susulan prestasi hambar dalam saingan Liga Super ketika ini.

Jelasnya, pasukan telah menunjukkan peningkatan prestasi dan kini hanya menunggu masa untuk meraih kemenangan pertama selepas lima perlawanan.

“Masih awal untuk menghukumnya, bagi saya berilah peluang untuk membuktikan kemampuan membawa Gergasi Merah Kuning kembali disegani.

“Persembahan pemain juga semakin meningkat dan saya lihat pasukan sentiasa berusaha mempamerkan aksi berkualiti setiap kali diturunkan. Jadi sebagai penyokong, kita perlu terus memberi sokongan sama ada ketika menang mahu pun kalah,” jelasnya.

Ariffin yang juga jurucakap Geng 52 yang memohon Kongres Luar Biasa (EGM) FAS diadakan sebelum ini turut bersependapat dengan Raja Muda Selangor (RMS) Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang enggan menekan butang panik susulan prestasi kurang menyakinkan pasukan.

“Apa yang diutarakan RMS memang tidak perlu dinafikan kerana pemain banyak menunjukkan peningkatan dan sering berusaha memburu kemenangan,” tegasnya.

Selepas lima perlawanan, skuad bimbingan B Sathianathan yang dilihat antara pasukan pencabar saingan musim ini gagal mencapai potensi yang diharapkan selepas hanya mengutip tiga mata sekali gus menghuni kedudukan ke-10 liga.

Tiga tiga mata berkenaan diraih daripada tiga keputusan seri, dua daripadanya ketika menentang pendatang baharu Liga Super iaitu Felda United dan PJ City FC, skuad itu terus kempunan meraih kemenangan selepas lima perlawanan.

Diaibkan PKNS FC 0-4 di laman sendiri namun Selangor bangkit mengikat juara Piala FA, Pahang 1-1 sebelum memperagakan aksi lebih kemas ketika tewas 2-4 di tangan penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu.

Komen anda

SAHAM
Artikel sebelum iniTRW waspada ancaman Mendy
Artikel seterusnyaMSN jawab dakwaan