GP Australia: Hamilton kekal terpantas

91

Juara bertahan Formula 1 (F1), Lewis Hamilton mengekalkan penguasaannya dalam latihan bebas GP Australia apabila pemandu Mercedes itu sekali lagi muncul selaku pemandu terpantas dalam sesi latihan ketiga, semalam.

Hamilton kembali menguasai sesi latihan bebas ketiga di Litar Grand Prix Melbourne dengan mencatat masa terbaik 1 minit 22.292 saat selepas mendahului dua sesi latihan GP Australia kelmarin.

Hamilton sekali lagi mengungguli diekori rapat dua pelumba Ferrari, Sebastian Vettel kedua dengan perbezaan 0.264 saat di belakangnya dan Charles Leclerc di tempat ketiga.

Sementara itu, rakan sepasukan Hamilton, Valt­teri Bottas sekadar mencatat masa terbaik 1 minit 23.422 saat sekali gus menyaksikan hanya menamatkan sesi latihan itu di kedudukan ketujuh.

Manakala kedudukan keempat dan kelima menjadi milik dua pelumba Haas, Romain Grosjean dan Kevin Magnussen, sementara itu pelumba Red Bull Honda, Pierre Gasly di tempat keenam.

Daniil Kvyat dan Toro Rosso adalah yang terpantas kelapan dan Max Verstappen (Red Bull Honda) serta Daniel Ricciardo (Renault) menyempurnakan 10 kedudukan teratas.

Komen anda