Guardiola pengurus terbaik EPL

124
Guardila dinobatkan sebagai pengurus terbaik EPL musim ini selepas berjaya membawa City memenangi kejuaraan liga.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola dinobat pengurus terbaik tahunan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini mengatasi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Guardiola yang masih segar dengan kejayaan mengekalkan trofi EPL musim ini mememenangi gelaran pengurus terbaik tahunan dua kali berturut-turut selepas turut meraih gelaran sama musim lepas.

Dalam perebutan gelaran tersebut Guardiola menewaskan Klopp, Pengurus Tottenham Hotspur , Mauricio Pochettino dan Nuno Espirito Santo dari Wolves.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mendedikasikan gelaran tersebut kepada seluruh pemain dan staf City selain turut mengakui ia sebagai satu penghormatan untuk menerima gelaran tersebut.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk menerima penghargaan ini. Saya ingin mendedikasikan gelaran ini kepada pemain kerana mereka adalah segalanya untuk saya, kepada staf yang sentiasa menyokong terutama apabila perlu menghadapi perlawanan dan pengurus luar biasa seperti Jurgen Klopp sehingga akhir musim.

"Semoga musim depan terus menjadi milik City dan kami akan terus memenangi trofi untuk City," katanya.

Guardiola, 47 berjaya membawa City memenangi kejuaraan EPL musim ini buat kali kedua berturut-turut selepas mengharungi saingan sengit daripada Liverpool.

The Citizen berjaya mengakhiri liga dengan 98 mata dibezakan satu mata dengan Liverpool di tempat kedua.

Selain itu, Guardiola juga berpeluang mendakap satu lagi trofi apabila layak ke final Piala FA berdepan Watford, Sabtu ini.

Komen anda