Guardiola tabik jentera Manchester City

200

Manchester City dilihat tidak berdepan sebarang tekanan untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mudah membelasah Chelsea 6 – 0 di Stadium Etihad, awal pagi semalam menerusi hatrik jaringan Sergio Aguero, dua gol daripada Raheem Sterling, dan satu gol Ilkay Guendogan

Tiga mata itu mengembalikan City ke puncak liga yang hanya dipisahkan dengan perbezaan gol berbanding Liverpool di tangga kedua yang turut mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Apa yang lebih penting juara bertahan musim lalu itu berjaya merampas kembali kedudukan teratas daripada The Reds yang bakal berdepan laluan getir untuk berdepan Manchester United dalam aksi ke-27 minggu depan.

Pengurus City Pep Guardiola menyifatkan prestasi pasukannya dalam perlawanan itu mengejutkan selepas mengharungi pertemuan dengan Arsenal diikuti Everton berbanding Chelsea yang menikmati rehat mencukupi selepas meraih kemenangan 5-0 atas Huddersfield Town minggu lalu.

“Jadi tidak ada perkataan lain selain pujian untuk pemain, yang bekerja keras dan beraksi dengan baik.

“Satu minggu yang hebat, perlawanan yang luar biasa, kami beruntung dapat menjaringkan tiga gol dalam babak pertama, selepas 3-0, mereka jauh lebih baik daripada kami dan selepas 5-0, keadaan tidak mudah bagi mereka.

“Apa yang boleh dikatakan tekanan tidak wujud sebaliknya pemain bermain seperti satu pasukan, jika mampu mengekalkan kejuaraan ia adalah sesuatu yang sempurna,” ujarnya.

Komen anda