Halep, Serena berentap di final Wimbledon

80
Halep melangkah ke pentas final Wimbledon buat kali pertama selepas menumpaskan Elina Svitolina dengan kemenangan straight set 6-1, 6-3 kelmarin.

PEMAIN pilihan ketujuh kejohanan, Simona Halep dan bekas juara Wimbledon, Serena Williams melengkapkan saingan separuh akhir apabila masing-masing bakal membuat perhitungan bagi merebut gelaran juara Wimbledon 2019 pada pentas final malam ini.

Pada aksi separuh akhir itu menyaksikan Halep mudah menundukkan pemain pilihan kelapan kejohanan Elina Svitolina dengan kemenangan straight set 6-1, 6-3.

Kejayaan itu menjadi pencapaian terbaik Halep dalam kariernya di Wimbledon apabila menjadi pemain tenis wanita Romania pertama melangkah ke pentas final selepas menamatkan saingan di peringkat separuh akhir pada 2014.

"Permainan ini tidak mencerminkan keputusannya namun setiap pemain mampu melangkah lebih jauh dan saya gembira dengan taktikal saya hari ini (kelmarin) di mana saya berasa kuat dari segi fizikal dan mental

"Saya cuba memberi saingan yang terbaik sehingga akhirnya saya meraih kemenangan ini dan mara ke final buat kali pertama," katanya.

Sementara itu, Serena meraih final Grand Slam pertamanya sejak memenangi Terbuka Australia 2017 selepas menumpaskan wakil dari Republik Czech, 6-1 dan 6-2.

Serena yang memiliki kekuatan dan ketepatan pukulannya gagal ditandingi pemain berusia 33 tahun itu dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam itu.

"Sudah tentu lebih baik, saya hanya perlu beberapa pertandingan, saya tahu saya bertambah baik dan saya hanya perlu merasa selesa dan kemudiannya saya dapat melakukan yang terbaik," kata Serena.

Komen anda