Higuain mampu ubah Hazard?

768
KEDATANGAN Gonzalo Higuain ke Stamford Bridge bukan hanya berfungsi sebagai penjaring gol semata-mata.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata, Higuain juga mampu mengeluarkan kualiti terbaik yang ada pada Eden Hazard.

“Gonzalo (Higuain) adalah seorang pemain yang hebat. Dia boleh bermain dengan baik walau di mana pun dia berada. Di Madrid, Naples, Milan. OK, mungkin tidak begitu baik di Milan tetapi dia tetap pemain yang hebat dan saya rasa dia akan jadi pemain yang sangat berguna untuk Hazard.

“Saya beranggapan kedua-dua mereka sangat serasi dimainkan bersama-sama. Apa yang penting ialah kedua-dua pemain ini mahu berusaha lebih kuat.

“Apa pun, saya harap pengaruh Higuain mampu memberikan impak positif bukan sahaja kepada Hazard, tetapi juga kepada pemain-pemain lain,” katanya.

Sejak menyertai Chelsea sebagai status pinjaman dari Juventus Januari lalu, Higuain baru sahaja membuka akaun golnya bersama The Blues apabila menjaringkan dua gol ketika diturunkan menentang Huddersfield Town minggu lalu.

Komen anda