Hubungan FAM, TM ngam

522
Hamidin

HUBUNGAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Telekom Malaysia (TM) tidak terjejas walaupun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menamatkan penajaan dengan syarikat konglomerat telekomunikasi negara itu

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak negara itu tidak berdepan masalah penajaan TM yang terus berjalan sehingga penghujung 2020.

“Kami (FAM) seperti semua tahu sudah lama bersama TM, jadi pada masa ini penajaan terus berkekalan sehingga 2020,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Difahamkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sudah menaja FAM sejak 2000 sebelum menjadi penaja utama pada 2005.

Pada Jumaat lalu, MFL mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan TM berkuat kuasa serta-merta selepas penaja utama Liga Malaysia (Liga-M) itu didakwa gagal menjelaskan pembayaran hak penyiaran musim ini.

Komen anda