Indian Wells: Nadal, Federer hampiri pertemuan ‘blockbuster’

136
Dua jaguh tenis handalan dunia – Roger Federer dari Switzerland dan Rafael Nadal (Sepanyol) semakin menghampiri pertemuan ‘blockbuster’ sesama sendiri pada saingan separuh akhir apabila mereka melepasi pusingan keempat kejohanan tenis ATP Indian Wells Masters kelmarin.

Nadal yang juga pemain nombor dua dunia mara ke suku akhir dengan menyingkirkan pemain Serbia, Filip Krajinovic 6-3, 6-4 dalam tempoh satu jam 26 minit.

Pada aksi suku akhir, Nadal yang pernah menjulang trofi Indian Wells pada 2007, 2008 and 2013 akan bertemu pemain nombor ke-13 dunia dari Rusia, Karen Khachanov yang menewaskan John Isner.

Sementara itu, Federer yang semakin hampir menjulang gelaran keenam Indian Wells turut tidak berdepan masalah menyambar tiket suku akhir selepas menewaskan Kyle Edmund, 6-1, 6-4.

Federer hanya memerlukan masa 64 minit untuk menundukkan wakil Britain itu.

“Sejujurnya saya agak gementar pada awal perlawanan. Saya perlu mengakuinya kerana Kyle bermain dengan sangat baik sebelum ini.

“Tetapi saya gembira dapat melepasi halangan ini dengan agak mudah,” kata Federer.

Dalam aksi suku akhir, Federer bakal menentang pemain berusia 22 tahun, Pole Hubert Hurkacz untuk merebut slot separuh akhir.

Selain Federer dan Nadal, turut mara ke suku akhir ialah wakil Serbia, Miomir Kecmanovic dan Ivo Karlovic (Croatia).

Komen anda