Ini harga yang perlu dibayar Syazwan Andik jika mahu tinggalkan KL..

5398
FOTO: Kuala Lumpur Hawks
FOTO: Kuala Lumpur Hawks

 

“Kalau mahu keluar, sila bayar RM1 juta lebih!”

 

Itu kata dua yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kepada tonggak pertahanannya, Syazwan Andik Ishak.

 

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata pihaknya tidak menghalang keinginan pemain itu untuk berhijrah ke pasukan lain, namun pemain itu harus bersedia mengorbankan sejumlah amaun yang besar untuk meninggalkan skuad ibu kota.

 

“Nilai itu mengikut apa yang termaktub dalam klausa kontrak dua tahun yang telah ditandatanganinya. Jadi terpulang kepadanya untuk buat keputusan, kita tidak halang,” katanya.

 

Dalam pada itu, Nokman enggan mengulas dakwaan wujudnya rundingan pintu belakang melibatkan pemain itu dengan dua pasukan besar Liga Malaysia.

Komen anda