Ini peluang terbaik Arteta

222
Guardiola anggap Arteta berhak mendapatkan yang terbaik dalam kariernya
Guardiola anggap Arteta berhak mendapatkan yang terbaik dalam kariernya

“Dia (Mikel Arteta) berhak mendapatkan yang terbaik kerana dia seorang pengurus yang menakjubkan.”

“Dia boleh melatih di mana sahaja yang dia inginkan dan tentu saja Arsenal adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia.”

Itu reaksi jurulatih Manchester City, Pep Guardiola ketika ditanya mengenai pembantunya selepas dikaitkan dengan jawatan Arsene Wenger di Satdium Emirates.

Arteta disebut-sebut menjadi antara calon pilihan untuk mengambil alih kerusi panas Wenger yang akan meninggalkan Gunners pada akhir musim ini.

Bekas tonggak tengah Sepanyol itu kini menjadi seorang daripada penolong jurulatih di Stadium Etihad sejak Julai 2016.

Menurut Guardiola, walaupun dia mahu Arteta kekal sebagai barisan kakitangannya namun keputusan bukan terletak di tangannya.

“Saya bukan orang yang tepat untuk mengulas mengenai ini…tapi pendapat saya mengenai Mikel pastinya positif.

“Dia layak menjadi yang terbaik. Kami sangat selesa bekerja dengannya. Salah satu sebab kejayaan kami pada musim ini adalah kerana Arteta berada di sini.” tambahnya.

 

Komen anda

SAHAM
Artikel sebelum iniHalep tersingkir
Artikel seterusnyaNadal sukar dibendung