Jaga-jaga Liverpool

179
Son sedia pacu kemenangan Spurs dalam aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

PEMAIN Tottenham Hotspur, Son Heung Min memberikan amaran sudah bersedia menembusi gawang Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara di Madrid 2 Jun ini.

Menurutnya, dia berada dalam prestasi terbaik dan memyimpan hasrat untuk meraih kejuaraan tersebut tahun ini.

"Untuk layak ke final bukan mudah dan kami perlu berikan segalanya.Sekarang ini semua sedang berehat. Kami cuba untuk kembali ke tahap kecergasan terbaik supaya kami mampu beri segalanya dalam perlawanan itu.

"Secara peribadi saya sangat positif dan merasakan ini waktu kami untuk menjadi juara. Jadi, saya perlu mempersiapkan diri menghadapi detik itu.

"Masih ada tiga minggu dan waktu tersebut akan saya dan rakan-rakan gunakan dengan baik untuk membuat persediaan terutama memikirkan cara dan taktikal mengatasi Liverpool," katanya.

Son kemungkinan besar akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama Spurs ketika menentang Liverpool seandainya Harry Kane masih belum pulih sepenuhnya.

Pemain kelahiran Korea Selatan itu tampil cemerlang musim ini apabial menjaringkan 20 gol dalam 47 pertandingan di semua kejohanan.

"

Komen anda