‘Jangan ingat Dortmund sama seperti Leicester’ – Lloris

282
KAPTEN Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak lagi mengulangi kesilapan ketika bertahan menjelang pertemuan dengan Borrusia Dortmund dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara, awal pagi nanti.

Katanya, ketika menentang Leicester City di Liga Perdana Inggeris minggu lalu, pasukannya kerap membuat kesilapan hingga menyebabkan mereka hampir dihukum walaupun selesa mendahului 3-0 pada awalnya.

Jelasnya, situasi itu perlu diperbaiki memandangkan aksi menentang pendahulu Bundesliga, Dortmund yang dibarisi pemain-pemain hebat akan menjadi lebih sukar.

“Kami perlu segera memperbaiki aspek bekerjasama sebagai satu pasukan. Sebelum ini, kami menang dengan Leicester, tetapi persembahan kami secara keseluruhan tidak begitu baik.

“Bila menentang pasukan yang lebih besar seperti Dortmund, kami mungkin tidak akan menang jika masih mengulangi kesilapan yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Lloris turut menyeru sokongan padu penyokong Spurs untuk memberi sokongan di Wembley.

“Kami perlukan ‘semangat Wembley’ untuk memberi lebih keyakinan kepada kami dalam aksi sukar seperti ini. Diharapkan dengan sokongan padu penyokong kami mampu melangkah jauh dalam saingan ini,” katanya lagi.

Komen anda