Jawatankuasa khas kembalikan aura badminton negara

48

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS)  menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Badminton merangkumi tiga komponen utama dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan sukan itu di persada antarabangsa.

 

 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, selaku pengerusi jawatankuasa tersebut, berkata jawatankuasa tersebut akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, pembangunan infrastruktur dan organisasi dan kelestarian kewangan.

 

 

“Jawatankuasa Petugas Khas Badminton ini akan menggembleng tenaga semua pihak bagi mengorak strategi terbaik untuk merealisasikan harapan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

 

Beliau berkata, timbalan pengerusi jawatankuasa tersebut ialah ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria manakala Keua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail pula dilantik sebagai setiausaha.

 

Sim berkata, dalam mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut di MSN di Bukit Jalil, di sini, kelmarin, tiga jawatankuasa kecil ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pembangunan Bakat dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli.

 

 

Jawatankuasa Pembangunan Infra dan Organisasi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Konfederasi Badminton Asia (BAC), Datuk Kenny Goh serta Jawatankuasa Kelestarian Kewangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh.

 

 

Mesyuarat tersebut turut dihadiri  pemegang taruh yang terdiri daripada BAM, KBS, MSN, ISN, kelab-kelab badminton profesional seperti Puchong BC, Cheras BC, Petaling BC serta wakil dari Purple League

Komen anda