Jazeman dilantik Ahli Lembaga Pengarah SIC

298

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan pelantikan pelumba negara, Jazeman Jaafar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, lantikan pelumba berusia 26 tahun itu merupakan satu langkah bersejarah yang melibatkan anak muda.

“Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, terdapat lebih banyak pelantikan dalam kalangan generasi muda yang terlibat secara langsung dengan tadbir urus akan menyusul selepas ini.

“Pengalaman yang dimiliki beliau pastinya akan dimanfaatkan bagi menghadapi cabaran tersendiri industri sukan permotoran negara,” katanya.

Selain itu, Jazeman telah terlibat dalam industri sukan permotoran sejak berusia enam tahun. Lebih membanggakan, dia mengetuai trio negara menjuarai Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) 2018 bagi kelas LMP2.

Komen anda