Joo Ven ketuai 11 wakil negara ke separuh akhir

83

MALAYSIA mendominasi acara separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia di sini semalam selepas wakil negara diketuai pilihan utama, Soong Joo Ven melakukan kejutan pada saingan suku akhir di Ipoh, di sini.

 

Joo Ven hanya mengambil masa 31 minit untuk mengesahkan kemaraan apabila menewaskan penyandang juara dari Indonesia, Gatjra Piliang Fiqihila Cupu dalam straight set 21-12, 21-7.

 

Di peringkat separuh akhir, Joon Ven akan berdepan dengan rakan senegara dan pemain bukan pilihan, Lim Chong King yang membuat kejutan apabila menundukkan pemain pilihan ketiga dari Kanada, Sheng Xiaodong, 22-20, 21-16.

 

Pemain pilihan kedua, Cheam June Wei layak ke peringkat empat terbaik dengan menyingkirkan wakil Indonesia, Yonathan Ramlie, 24-22, 21-9 untuk bertemu rakan senegara Tan Jia Wei.

 

Jia Wei, pemain pilihan ke-11, turut melakukan kejutan apabila menewaskan rakan senegara dan pilihan kelapan, Lim Chi Wing 21-14, 21-12.

 

Dalam acara perseorangan wanita, pemain negara bukan pilihan, Eoon Qi Xuan terpaksa berhempas pulas selama 52 minit untuk menyingkirkan pemain pilihan utama dari Singapura, Grace Chua 21-14, 16-21, 21-9.

 

Dalam pada itu,wakil negara yang juga juara bertahan S. Kisona bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengecewakan pilihan keenam, Jaslyn Hooi dari Singapura 12-21, 21-13, 21-16 dalam pertarungan selama 56 minit.

 

Sementara itu, Eoon, 19, berkata, kemenangan itu amat bermakna di kejohanan bertaraf antarabangsa.

 

“Hari ini saya amat seronok kerana bukan sahaja dapat mengalahkan lawan yang lebih hebat dari saya, malah menang di hadapan penyokong sendiri, memandangkan saya berasal dari Taiping,” katanya.

 

Beliau berharap untuk mengekalkan momentum untuk ke pentas final apabila cuba melakukan satu lagi kejutan beredpan dengan pemain pilihan kelima, Nuntakarn Aimsaard.

 

Pemain Thailand itu turut melakukan kejutan dengan menewaskan pemain pilihan keempat, Winata Aurum Oktavia dari Indonesia, 21-17, 21-10.

 

 

HARI INI

 

SEPARUH AKHIR : (Perlawanan bermula mulai jam 2.30 petang)

 

(Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

 

(Nota: Tanda [ ] menandakan pemain pilihan)

 

 

 

Perseorangan Lelaki:

 

[1] Soong Joon Ven mln Lim Chong King

 

[11] Tan Jia Wei mln [2] Cheam June Wei

 

 

 

Perseorangan Wanita:

 

S.Kisona mln [7] Sri Fatmawati (INA)

 

Eoon Qi Xuan mln [5] Nuntakarn Aimsaard (THA)

 

 

 

Beregu Lelaki:

 

Chen Tang Jie/Chia Wei Jie mn [3] Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin (INA)

 

[4] Low Hang Yee/Ng Eng Cheong mn [2] Muhammad Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA)

 

 

 

Beregu Wanita:

 

[1] Febriana Dwipuji Kusuma/Ribka Sugiarto (INA) mln Anna Cheong/Lim Chiew Sien

 

Pearly Tan/M. Thinaah mln [2] Nita Violina Marwah/Putri Syaikah (INA)

 

 

 

Beregu Campuran:

 

[5] Amri Syahwani/Pia Zebadiah Benadet (INA) mln Man Wei Chong/Pearly Tan

 

[4] Andika Ramadiansyah/Bunga Fitriani Romadhini (INA) mln [2] Hoo Pang Ron/Cheah Yee See.

Komen anda