Karakter Gunners luar biasa di San Paolo

61

PENGURUS Arsenal, Unai Emery memuji penampilan luar biasa bahagian pertahanan The Gunners ketika menjinakkan Napoli pada aksi timbal balik kedua Liga Europa di San Paolo, awal pagi tadi.

 

Menurutnya, benteng terakhir Gunners tidak memberi ruang kepada jentera serangan Carlo Ancelotti bergerak bebas dalam mencari gol penyamaan setelah ketinggalan 2 – 0 aksi di Emirates, minggu lalu.

“Saya bangga dengan karakter pemain Arsenal hari ini. Separuh masa pertama selepas menjaringkan gol, bahagian pertahanan terus tidak memberi peluang kepada pemain Napoli bergerak bebas.

 

” Separuh masa kedua kami pertahanan lebih kukuh dan kemas menyerap asakan pemain Napoli. Satu perkembangan positif dalam dua perlawanan tambahan pula Napoli kelab yang mempunyai jentera serangan agresif,” katanya.

 

Untuk rekod, Napoli menguasai 70 peratus perlawanan, namun kekentalan bahagian pertahanan Gunners menyaksikan Petr Cech hanya menyelamat dua percubaan bahaya pelawat sepanjang 90 minit.

 

Pada aksi berkenaan gol tunggal Alexandre Lacazette minit ke-36 sudah cukup membolehkan Arsenal mara ke kelompok empat terbaik dengan agregat 3 – 0.

 

 

Komen anda