Kedah, Melaka dominasi final Divisyen Dua Badminton Remaja Kebangsaan 100PLUS

103

TUAN rumah, Kedah dan Melaka membuktikan mereka mempunyai pelapis berkualiti sukan badminton selepas mengungguli aksi final Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS Divisyen Dua di Alor Setar hari ini.

Kedah mengungguli acara perseorangan lelaki Bawah 14 tahun dan acara perseorangan serta bergu bagi lelaki Bawah 12 tahun sementara Melaka mendominasi perseorangan lelaki dan perempuan Bawah 16 tahun serta perseorangan perempuan Bawah 12 tahun.

Perak (perseorangan dan beregu perempuan Bawah 14 tahun) , Sarawak (beregu lelaki bawah 16 tahun dan perempuan Bawah 12 tahun) dan Negeri Sembilan (perseorangan dan beregu perempuan Bawah 14 tahun) pula masing masing muncul juara dalam dua kategori.

Saingan final perempuan Bawah 16 tahun menyaksikan pemain pilihan, Tan Yan Yi menepati ramalan untuk muncul juara selepas menang straight set 21-18, 21-17 ke atas wakil Negeri Sembilan, Vanessa Ng Po Lyn.

Kejutan berlaku bagi perempuan bawah 14 tahun apabila pemain tuan rumah, B Pannimalar – K Yeshveeni dikejutkan dengan kekalahan ke atas gandingan Perak, Chew Jia Hui – Chew Jia Wern17-21, 13-21 dalam masa 25 minit.

Kejutan turut berlaku dalam aksi final perseorangan perempuan apabila pilihan pertama kejohanan, Vannee Gobi dari Perak tewas ke atas pilihan kedua, Chew Tze Teng dari Negeri Sembilan 15-21, 14-21.

Sementara itu, saingan lelaki bawah 16 tahun menyaksikan pemain Perak, Chun Zhen Thai menang straight set 21-19, 21-12 ke atas pemain Melaka NG Yaw Pin dalam masa 35 minit.

Sarawak pula mendominasi acara beregu lelaki bawah 16 tahun selepas gandingan Pui Wee Young / Radzien Jawharee Jemain mengatasi pasangan dari Kedah, Kok Jia Cheng / Mohamed Faris Amrin Roslan 24-22, 22-20

Ng Ji Hao dari Perak, pula mengungguli lelaki perseorangan bawah 11 tahun selepas menang ke atas James Ling/ Lee Sheng 21-15, 21-11 dalam masa 30 minit.

Gandingan Khoh Jian Cheng / Aiman Mustakim Rozaki dari Kedah menyaksikan mereka melakar kemenangan 21-15, 21-16 ke atas pasangan dari Perak, Leong Hou Xuan / Ray Yeoh Chee sekaligus muncul juara bergu lelaki Bawah 14 tahun

.
Dalam saingan lelaki Bawah 12 Tahun, pilihan utama dari Kedah, Kee Is Qian merangkul kejuaraan keduanya selepas menang 21-16, 21-17 ke atas rakan sepasukan yang juga pilihan kedua, Loh Zi Heng.

Kee Is Qian kemudiannya bergandingan dengan Zi Heng dalam acara bergu untuk melakar kemenangan ke atas pasangan Sarawak, Ho Sin Hong / Leong Ming Kai 21-11, 21-8 untuk muncul juara.

KEPUTUSAN

PERLAWANAN AKHIR

LELAKI

PERSEORANGAN

Bawah-16
Chun Zhen Thai (Prk) kalahkan Ng Yaw Pin (Mel) 21-19, 21-12

Bawah-14
Ng Ji Hao (Prk) kalahkan James Ling Lee-Sheng (Swk) 21-15, 21-11

Bawah-12
Kee Is Qian (Ked) kalahkan Loh Zi Heng (Ked) 21-16, 21-17

BEREGU

Bawah-16
Pui Wee Young-Radzien Jawharee Jemain (Swk) kalahkan Kok Jia Cheng-Mohamed Faris Amrin Roslan (Ked) 24-22, 22-20

Bawah-14
Khoh Jian Cheng-Aiman Mustakim Rozaki (Ked) kalahkan Leong Hou Xuan-Ray Yeoh Yin Chee (Prk) 21-15, 21-16

Bawah-12
Kee Is Qian-Loh Zi Heng (Ked) kalahkan Ho Sin Hong-Leong Ming Kai (Swk) 21-11, 21-8

PEREMPUAN

PERSEORANGAN

Bawah-16
Tan Tan Yi (Mel) kalahkan Vanessa Ng Po Lyn (NS) 21-18, 21-17

Bawah-14
Chew Tze Teng (NS) kalahkan Vannee Gobi (Prk) 21-15, 21-14

Bawah-12
Shaneesa Shahidi (Mel) kalahkan Genevie Lim Tsin Yeen (Swk) 21-7, 21-8

BEREGU

Bawah-16
Chew Jia Hui-Chew Jia Wern (Prk) kalahkan B. Pannimalar-K. Yeshveeni (Ked) 21-17, 21-13

Bawah-14
Ang Jia yee-Chew Tze Teng (NS) kalahkan Kierthika Anantharaju-Vannee Gobi (Prk) 21-13, 21-19

Bawah-12
Ashreney Kho Jia Min-Genevie Lim Tsin Yeen (Swk) kalahkan Avina Lee Wan Yu-Ho Jia Ning 21-11, 21-10

Komen anda