Kejohanan Dunia: Momota dalam kelas tersendiri

67

PEMAIN Jepun, Kento Momota membuktikan beliau dalam kelas tersendiri apabila mengekalkan status kejuaraan Kejohanan Dunia 2019 setelah menjinakkan pemain muda Denmark, Anders Antonsen 21-9, 21-3 dalam aksi final di Basel, Switzerland.

Kejayaan pemain nombor satu dunia itu sekali gus mengulangi pencapaiannya ketika menewaskan pemain China, Shi Yuqi di Nanjing, China tahun lalu.

Sementara kejuaraan beregu dimenangi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara yang menundukkan rakan senegara, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-11, 20-22, 23-21 sekali gus mengekalkan kejuaraan dimenangi sebelum ini.

Bagi perseorangan wanita pula menjadi milik P V Sindhu yang menjadi pemain India pertama meraih gelaran berkenaan selepas menewaskan pemain Jepun, Nozomi Okuhara 21-7, 21-7.

Komen anda