Kejohanan Dunia: Zii Jia akui bermula sedikit gementar

78

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia membuka kempen sulung pada Kejohanan Badminton Dunia 2019 dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain Brazil, Ygor Coelho di Basel, Switzerland, malam tadi.

 

 

Pemain pilihan ke-14 itu tidak berdepan dengan masalah untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua apabila mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-15 untuk bertemu bintang muda China, Lu Guang Zu.

 

 

“Saya agak gementar pada penampilan sulung di kejohanan dunia. Lawan saya itu bagaimanapun memberi tentang sengit dan gembira dapat melepasi halangan pertama. Harap dapat meneruskan momentum apabila berdepan dengan Guang Zu,”katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

 

 

Guang Zu mara ke pusingan kedua apabila mengalahkan pemain Jerman, Kai Schaefer 21-12, 21-15 dalam aksi pusingan pertama.

 

 

Dalam pada itu, pemain profesional negara, Liew Daren turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain Thailand, Khosit Pherpradab 21-19, 21-13.

 

 

Sementara itu, beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan Jerman, Bjarne Geiss-Jan Colin Volker, 21-12, 21-19.

 

 

Mereka akan menentang beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, bagi merebut slot ke pusingan ketiga.

Komen anda