Kelayakan Euro 2020: Perancis sedia ‘ayamkan’ Moldova

308

 

Pemenang Piala Dunia 2018, Perancis sedia memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan bergaya apabila menyasarkan Moldova sebagai mangsa pertama mereka awal pagi Jumaat.

 

Pemain tengahnya, Paul Pogba berkata, selaku pasukan yang baru sahaja menjulang piala keramat tahun lalu, tiada apa yang diinginkan skuad Les Bleus melainkan membuka tirai kejohanan penting Eropah ini dengan kemenangan sekali gus mencerahkan peluang beraksi di pentas Euro tahun depan.

 

“Saya akui bukan mudah untuk meletakkan sasaran baharu di kejohanan terulung Eropah ini selepas menjuarai Piala Dunia.

 

“Tapi kami perlu melakukannya kerana ia sudah menjadi tugas kami. Menjelang aksi kelayakan pertama ini, kami hanya mahu menang dan menjadi juara kumpulan dan seterusnya melangkah ke Euro 2020,” katanya.

 

Untuk saingan kelayakan ini, Perancis diletakkan dalam kumpulan H bersama-sama Moldova, Albania, Turki, Andorra dan Iceland.

 

Antara muka baharu yang dipanggil Didier Deschamps bagi menghadapi saingan ini ialah penyerang Bayern Munich, Kingsley Coman yang sebelum ini disisihkan daripada skuad pada Piala Dunia tahun lalu.

 

Komen anda