Kenapa belum pecat Sarri?

264
Corak permainan Sarri dikatakan tidak sesuai dengan Chelsea.

BEKAS pemain Chelsea Wayne Bridge mengakui terkejut dengan tindakan pengurusan The Blues yang masih belum memecat pengurus pasukan itu Maurizio Sarri.

Menurutnya, dia melihat prestasi Chelsea musim ini tidak memuaskan walaupun berada di kedudukan ketiga liga selain mara ke final Liga Europa.

Chelsea di bawah Sarri tampil cemerlang di permulaan musim, namun apabila memasuki pertengahan musim mereka mula ketinggalan dan akhirnya dipisahkan 20 mata daripada Liverpool dan Manchester City yang berada di posisi teratas.

Keputusan Sarri yang terus bermain dengan corak penguasaan bola menjadi penyebab Chelsea tampil tidak konsisten selain penyokong percaya taktik Sarri itu sudah boleh dibaca oleh lawan.

“Sebagai pasukan yang digeruni, Chelsea seharusnya mampu tampil konsisten daripada apa yang mereka tunjukkan musim ini.

“Ada yang kata ini adalah kejayaan (berada di kedudukan ketiga liga dan layak ke final Europa) tetapi mereka tidak konsisten. Sebuah kelab besar perlukan ciri konsisten itu kerana ia akan memberikan kejuaraan EPL kepada pasukan. Saya tidak tahu kenapa Sarri boleh bertahan.

“Mereka berada di kedudukan ketiga liga dan mereka berada di final Liga Europa tetapi sebagai bekas pemain dan penyokong Chelsea, kami ingin melihat mereka lebih baik,” katanya.

Komen anda

SAHAM
Artikel sebelum iniPogba tak sesuai di MU
Artikel seterusnyaJaga-jaga Liverpool