‘Keseimbangan penyerang, pertahanan memberikan kami kemenangan’

60

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery berpuas hati permulaan cemerlang pemainnya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United di Stadium St James Park, kelmarin walaupun ramai pihak menyifatkan permainan dipamerkan The Gunners hambar dan kurang meyakinkan.

“Saya mahu menang dan inginkan keputusan tanpa bolos. Hari ini (kelmarin) misi itu berjaya dicapai. Keseimbangan antara penyerang dan pertahanan berjaya memberikan kami kemenangan.

“Sepanjang 90 minit itu juga kami mampu mengawal perlawanan dan pemain tahu apa yang mereka lakukan di padang. Kami turut mencipta banyak peluang namun gagal menyudahkan dengan baik. Tetapi, saya tetap berpuas hati,” katanya.

Gol tunggal Pierre Emerick Aubameyang pada minit ke-58 sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat Gunners dalam aksi penuh dominan kelab dari utara London itu.

Sementara itu, Aubameyang memandang positif kemenangan tipis tersebut selain menyifatkan ia tonik berguna menjelang perlawanan berikutnya.

“Kami layak untuk meraih kemenangan ini. Ini perlawanan yang bagus menentang pasukan hebat. Penting untuk memulakan musim ini dengan kemenangan selepas melalui perjalanan yang kurang baik musim lalu.

“Semua pemain gembira dengan tiga mata ini dan kami menantikan untuk memenangi lebih banyak perlawanan,” katanya.

Komen anda