Khabar duka buat Gergasi Merah, enam bulan hilang khidmat Wan Zack Haikal

2696
KREDIT FOTO: FAS / ASIANA

 

Bagai dilanda badai!

 

Kem gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Selangor yang sebelum ini dilihat cukup mantap dan mampu menjadi pencabar utama kejuaraan Liga-M 2019 tiba-tiba sahaja bergegar dengan berita kecederaan serius dialami tonggak pentingnya, Wan Zack Haikal Wan Noor.

 

Menurut Pengurus The Red Giants, Datuk Abdul Rauf Ahmad, Wan Zack Haikal ditimpa kecederaan serius ketika aksi pramusim menentang Home United baru-baru ini.

 

Jelasnya, doktor sudah mengesahkan bekas pemain kebangsaan itu mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior atau lebih dikenali sebagai ACL.

 

“Wan Zack dijangka terpaksa diketepikan dalam tempoh enam bulan untuk menjalani pemulihan pada lututnya,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

 

Kecederaan ini nyata satu tamparan hebat buat Gergasi Merah yang berstatus legenda apatah lagi saingan Liga-M bakal membuka tirai beberapa hari lagi.

 

Apa pun, Sukan Sinar mendoakan Wan Zack tabah kuat semangat untuk kembali pulih seperti sedia kala.

 

 

Komen anda