Khairul Anuar mara final Kejohanan Memanah Dunia

48

PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad mara ke pusingan akhir acara recurve individu lelaki Kejohanan Memanah Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda semalam.

Beliau menewaskan pemanah dari Bangladesh, Md Ruman Shana 7-3 pada peringkat separuh akhir.

Lebih manis, pemanah dari Terengganu itu telah mengesahkan tempatnya ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo selepas mara ke separuh akhir.

Pada pusingan suku akhir, atlet kelahiran Terengganu itu mengetepikan cabaran pemanah Amerika Syarikat, Jack Williams 7-3.

Terdahulu, Khairul memulakan rentak cemerlang mengetepikan pemanah Vietnam, Nguyen Dat Manh 7-3 untuk mara ke pusingan kedua menewaskan Riau Ega Agatha dari Indonesia 6-2.

Pada pusingan ketiga Khairul menewaskan pemanah Moldova, Dan Olaru 7-3 sebelum layak ke suku akhir selepas mengenepikan cabaran pemanah Itali, Marco Galiazzo 6-0.

Komen anda