Klopp sindir ‘gol angin’ Burnley

75
 
JUERGEN Klopp membantah gol pertama Burnley yang disifatkan dikebanyakkan negara jaringan itu dikira tidak sah sebaliknya memberi sindirian ia adalah gol angin.

Walaupun menang 4-2 ketika melayan kunjungan Burnley di Anfield kelmarin, Liverpool sebenarnya ketinggalan pada babak pertama apabila Ashley Westwood menewaskan Alisson Becker dari sudut di sebelah kanan pertahanan Reds.

Tayangan ulangan gol tersebut menunjukkan Becker terganggu oleh dua pemain Burnley ketika cuba menangkap bola di depan gawangnya tetapi pengadil mengatakan tidak ada pelanggaran dalam kejadian itu. Perlawanan itu sememangnya berlangsung dalam keadaan angin kencang yang disusuli dengan hujan.

“Bolehkah kita bercakap tentang keadaan (cuaca)? Kami bermain sebagaimana permainan kami, gol pertama Burnley mungkin sedikit kerana angin.

“Dibanyakkan negara gol tersebut tidak akan disahkan. Anda tidak boleh buat seperti itu kepada penjaga gawang terutamanya di dalam kotak penalti,” kata pengurus Jerman itu dengan sinis.

Komen anda