‘KTM baharu sangat seksi!’ – Hafizh Syahrin

369
CREDIT: CRASH.NET
PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan jentera baharunya bersama KTM sebagai sesuatu yang ‘seksi’ selain mengakui teruja menunggang motosikal tersebut.

Menurut Hafizh Syahrin lagi, beliau turut berharap jentera baharunya itu dapat beraksi dengan baik, sama seperti rupa luarannya.

“Jentera KTM itu sungguh berbeza, ia lebih seksi! Saya sangat menyukai semuanya.

“Elektronik dan bahagian enjinnya mungkin sedikit berbeza berbanding Yamaha. Dengan Yamaha, kuasa pada enjinnya lebih lancar, tetapi dengan enjin V4, ia mempunyai daya tujahan yang lebih baik, lebih agresif!

“Saya menikmati motosikal tersebut, tetapi masih perlukan masa untuk memahaminya lagi. Ia bukan mudah untuk saya mahu pun pasukan kerana mereka sudah bersama Yamaha lebih 20 tahun. Di pasukan baharu semuanya berbeza,” katanya ketika sidang media sebelum sesi latihan di Sepang hari ini dan esok.

Bagaimanapun, Hafizh yang digelar El Pescao yakin dengan kerjasama berpasukan mereka mampu mencatat sesuatu yang positif pada musim baharu ini.

“Saya gembira dengan pasukan yang ada sekarang kerana mereka sangat membantu saya untuk lebih memahami motosikal ini. Kami akan terus bekerja keras untuk dua sesi latihan ini untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan,” katanya lagi.

Komen anda