Lencana Manchester United di dada satu penghormatan

602

BEKAS Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan satu penghormatan diberikan kepercayaan mengendalikan sebuah kelab berprofil tinggi seperti The Red Devils.
“Saya sangat bangga memakai lencana Manchester United sejak hari pertama saya tiba, dan saya percaya semua penyokong United mengetahui ini.
“Saya telah bekerja dengan beberapa orang yang hebat dan saya percaya bahawa sesetengah akan menjadi rakan seumur hidup,” kata pengendali berbangsa Portugal itu.
Ini kenyataan media pertama Mourinho selepas dipecat lembaga pengarah kelab susulan prestasi hambar kuasa bolasepak liga Inggeris itu selepas mengharungi 17 perlawanan.
Pada masa sama susulan pemecatannya, The Special One itu berharap semua pihak bersikap professional mengenai perkara berkenaan.
“Saya tahu semua mengetahui prinsip profesional saya setiap kali bab ditutup, saya menunjukkan rasa hormat saya yang paling mendalam dan saya tidak membuat sebarang komen tentang bekas rakan sekerja saya.,” katanya.
Mourinho yang membawa tiga kejuaraan sepanjang dua setengah tahun bersama kelab itu juga berharap media juga akan menghormati kedudukannya selepas ini.
“Biarkan saya menjalani kehidupan normal sehingga saat saya memutuskan untuk kembali semula ke dunia bola sepak,” katanya.

 

Komen anda