Liga Penalti Raub 2019 tawar hadiah keseluruhan RM17, 000

78

HADIAH lumayan lebih RM17,000 menanti pemenang-pemenang pertandingan Liga Penalti Terbuka Raub 2019 yang bakal membuka tirai Sabtu ini.

 

 

Menurut Presiden Kelab Anak Raub, Fadzli Mohamad Kamal, pasukan bergelar juara akan membawa pulang RM7,000 manakala tempat kedua RM3,500 dan tempat ketiga RM2,000.

 

 

“Berbeza dengan kejohanan bola sepak biasa, pertandingan liga penalti ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuk yang mungkin kaki bangku.

 

 

“Apatah lagi nilai hadiah keseluruhan mencecah RM17,000,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 

 

Lebih menarik katanya, peserta dan pengurus pasukan tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila segmen cabutan bertuah menawarkan pelbagai hadiah termasuk hadiah utama sebuah Honda Wave bernilai lebih RM4,000.

 

Katanya, kepada yang berminat menyertai Liga Penalti Terbuka Raub boleh menghubungi penganjur.

 

Caption

Fadzli (empat, kanan) menunjukkan hadiah cabutan bertuah sebuah Honda Wave sempena Liga Penalti Raub 2019.

 

 

Komen anda