Liverpool belasah Tranmere Rovers

187
JUARA Liga Juara-Juara Liverpool menjadikan Tranmere Rovers mangsa pertama siri pramusim mereka apabila membelasah kelab League One berkenaan 6-0 di Prenton Park.
Skuad The Reds diperkuatkan 24 pemain tanpa tonggak utama dibahagikan 12 jentera pada setiap babak mendahului jiran tertangga itu seawal keenam hasil jaringan  Nathaniel Clyne.
Rhian Brewster turut mencetak dua gol apabila menyudahkan hantaran silang Harry Wilson pada minit ke-38 diikuti gol ketiga pada minit ke-45 untuk kedudukan 3-0 babak pertama.
Bersambung babak kedua, The Reds menurunkan kesemua kesebelasan baharu termasuk Divock Origi menambah gol keempat hasil jaringan Curtis Jones pada minit ke-53.
Origi tidak ketinggalan merekod nama sebagai penjaring apabila meledak gol pada minit ke-60.
Pesta gol The Reds dilabuhkan  Bobby Duncan pada minit ke-67 yang menyudahkan hantaran Paul Glatzel.
Naib juara Liga Perdana Inggeris itu bakal menentang Bradford City pada 14 Julai sebelum meneruskan pramusim mereka di Amerika Syarikat.
Separuh Masa Pertama:
Liverpool: Mignolet, Clyne, Phillips, Gomez, Larouci, Milner, Oxlade-Chamberlain, Lallana, Kent, Wilson, Brewster.
Separuh Masa Kedua:
Liverpool: Jaros, Hoever, Matip, Johnston, Lewis, Fabinho, Jones, Woodburn, Duncan, Glatzel, Origi.

Komen anda