Luiz mahu tinggalkan Chelsea

31
GettyImages-1076555360

MENJELANG penutupan jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris, kem Chelsea dikejutkan dengan khabar angin benteng pertahanan The Blues, David Luiz dikatakan bakal menyertai Arsenal.

Begitupun The Gunners dilaporkan tidak mengemukakan sebarang tawaran rasmi untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Brazil itu daripada Chelsea.

The Blues sebenarnya enggan membebaskan Luiz berhijrah ke Arsenal kerana mereka terikat dengan larangan untuk merekrut pemain baharu untuk musim ini dan sekiranya perkara itu berlaku maka Chelsea tidak boleh mendapatkan pengganti, Luiz bagi mengharungi saingan liga yang bakal membuka tirainya hujung minggu ini.

Luiz masih mempunyai kontrak di Stamford Bridge sehingga 2021 dan bekas pemain pertahanan Paris St Germain itu telah membuat 36 penampilan dalam saingan liga Liga dengan meledakkan tiga gol, jumlah jaringan terbanyak dalam kariernya di England.

Sementara itu Arsenal dikatakan tertekan untuk mendapatkan khidmat benteng pertahanan yang berpengalaman setelah Laurent Koscielny meninggalkan Stadium Emirates untuk menyertai Bordeaux di Ligue 1 di Perancis.

Arsenal kini mempunyai lima pemain pertahanan utama yang dibarisi Shkodran Mustafi, Sokratis, Calum Chambers, Rob Holding, dan Konstantinos Mavropanos.

"Kami mahu penyokong gembira, kami mahu menjadi pasukan terbaik dengan pemain terbaik. Kami sememangnya cuba merekrut beberapa pemain penting yang mahal untuk barisan belakang tetapi kami tidak boleh melakukannya.

"Kami mempunyai pertahanan tengah, kami juga mempunyai pemain muda seperti Dino Mavropanos, di mana setiap orang bercakap tentangnya dan bagaimana dia mampu meningkat sama seperti Rob Holding. Jadi kami sudah mempunyai keseimbangan di posisi pertahanan," kata pengurus Arsenal, Unai Emery.

Komen anda