‘Mana ada gaduh!’

852

PENGURUS West Ham, Manuel Pellegrini nafi ada masalah peribadi dengan penyerangnya, Marko Arnautovic gara-gara tindakannya menggantikan bintang kebangsaan Austria itu dengan Andy Caroll dalam aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Birmingham City.

Aksi yang berkesudahan Hammers menang 2-0 itu terpalit kontroversi apabila Arnautovic yang menjaringkan gol pertama baru dua minit perlawanan berlangsung dikeluarkan pada minit ke-20, hingga membuatkan pemain itu berang dan bertikam lidah dengan Pellegrini.

Pellegrini bagaimanapun menjelaskan tindakan itu diambil kerana enggan mengambil risiko apabila melihat pemain itu mengalami kecederaan belakang.

"Dia mahu terus bermain, tapi saya tidak mahu ambil risiko kerana dia baru pulih dari cedera. Itu jalan terbaik untuknya.

"Dia telah menjaringkan gol dan membantu pasukan, jadi saya rasa tidak ada masalah antara kami," katanya.

Pada masa sama, Pellegrini turut memuji impak Samir Nasri yang buat pertama kalinya diturunkan beraksi bersama West Ham.

"Nasri menambah hal positif dalam pasukan. Saya tahu dia seorang pemain yang akan terus meningkat dan meningkat setiap kali dia turun beraksi," katanya lagi.

Komen anda