Manchester City amuk Chelsea di Etihad, kembali potong Liverpool di takhta EPL

1751
Penyandang juara, Manchester City mempamerkan karakter juara sebenar apabila membelasah Chelsea 6-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad.
“Tekanan tidak wujud sebenarnya, apa yang kami boleh buat adalah tampil sebagai satu pasukan setiap kali beraksi
“Andai kami tak menang, kami akan cuba pada musim depan. Cumanya saya tuntut pemain beri aksi terbaik mereka,” kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola.
Kemenangan aksi ke-27 liga itu membolehkan The Citizens mengatasi pencabar terdekat mereka, Liverpool di kedudukan teratas liga dibezakan kelebihan jaringan walaupun memiliki mata sama iaitu 65 mata.
Untuk rekod, ini kekalahan terbesar Chelsea dalam sebarang pertandingan sejak kali terakhir tewas 7-0 kepada Nottingham Forest pada April 1991.

Komen anda