Masih ada ruang untuk penambahbaikan prestasi – BAM

86

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengakui bahawa terdapatnya ruang untuk diperbaiki dalam badan tersebut, namun ia tidaklah seteruk yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini.

Dalam satu kenyataan BAM menyatakan mereka terbuka kepada kritikan yang membina daripada media, namun laporan tersebut memberikan gambaran bahawa pengurusan BAM berada dalam keadaan kucar-kacir.

Artikel berjudul ‘Total Revamp and House Cleaning’ yang disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini, mendakwa pengurusan cara lama dan struktur yang kaku, gagal memberikan kelebihan pada sukan dan meminta BAM yang kuno, mesti segera berubah bagi membolehkan kedudukan badminton negara kembali meningkat.

BAM menjelaskan, persatuan itu terdiri daripada bekas pemain, yang membuat keputusan teknikal dalam pemilihan pemain dan kaedah latihan, sekali gus menafikan tuduhan bahawa majlis yang membuat keputusan dalam struktur latihan dan pemilihan pemain.

BAM sebagai sebuah persatuan yang progresif sentiasa mengkaji semula pelan dan dengan nasihat pengarah kejurulatihan dan jurulatih kebangsaan, mereka telah membuat beberapa penambahbaikan sejak beberapa tahun lepas, tambah kenyataan tersebut hari ini.

Komen anda