Messi akui Barcelona perlukan Neymar

131

KAPTEN Barcelona, Lionel Messi mahu presiden kelab, Josep Maria Bartomeu merekrut semula Neymar dari Paris Saint Germain (PSG) dalam misi memperkasakan cabaran juara La Liga itu pada saingan musim depan.

Gesaan dibuat tonggak Barca itu selepas melihat seteru terdekat mereka Real Madrid giat melakukan transformasi pemain sejak Zinedine Zidane dilantik mengemudi Los Blancos.

“Kami (pemain Barcelona) gembira seandainya dia (Neymar) berjaya dibawa kembali bersama kami di Nou Camp.

“Sejujurnya dia seorang pemain yang berkualiti dan kehadirannya cukup memberi impak positif kepada corak permainan Barcelona.

“Kami melihat prestasi kelab turun naik dan kehadirannya mampu membentuk Barcelona menjadi kelab digeruni dan disegani,” katanya yang mengakui kehadiran Neymar bersama gergasi La Liga itu antara musim 2013 hingga 2017 memberi kesan positif kepada Barca sebelum berpindah ke PSG dengan rekod dunia €222 juta (RM1.4 bilion).

Sebelum ini seorang lagi bintang Barcelona, Luis Suarez menyambut baik hasrat Neymar sekiranya pemain lincah itu mahu kembali ke Camp Nou selepas meninggalkan kelab Catalan berkenaan dua tahun lalu.

Menurut bekas pemain Liverpool itu, beliau percaya Neymar akan mengulangi episod gemilang kelab yang pernah menjulang kejuaraan treble pada 2014.

Komen anda