Mohd Faizal, Ahmad Solehin mantapkan cabaran skuad Hang Tuah

98

MELAKA United mendapatkan khidmat dua pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua musim LIga Malaysia (Liga-M) bagi memperkuatkan cabaran memburu kedudukan terbaik dalam baki saingan Liga Super dan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Kedua-dua pemain tersebut ialah bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abu Bakar dan bekas penjaga golnya, Ahmad Solehin Mamat, yang kembali selepas tiga tahun bersama Kuala Lumpur.

Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), dalam kenyataan semalam, memaklumkan pengalaman Ahmad Solehin), yang pernah membantu Melaka United menjulang gelaran Liga Premier pada musim 2016 itu, ditagih untuk bersaing bersama Khairul Fahmi Che Mat dan Oscar Wong Tse Yang bagi posisi penjaga gol.

“Kemasukan mereka bersama dua lagi pemain import baharu iaitu, Davy Claude Angan dari Ivory Coast dan Dominic Bali dari Croatia pada jendela perpindahan kedua musim ini diharap memperkuatkan cabaran skuad Hang Tuah pada baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya.

Komen anda