MotoGP: Quartararo cipta rekod baharu sesi latihan bebas pada GP British

58

PRLUMBA Petronas Yamaha Sepang (SRT), Fabio Quartararo membuat permulaan sengit pada British Grand Prix (GP) selepas mencatatkan rekod pusingan baharu pada sesi latihan bebas di Sirkit Silverstone di United Kingdom pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

 

Pelumba berumur 20 tahun berasal dari Perancis itu mencatatkan masa terpantas 1 minit 59.225 saat pada minit terakhir sesi kedua latihan bebas, memadamkan rekod terdahulu 2 minit 01.560 saat yang dicatatkan oleh pelumba Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dari Sepanyol pada 2017.

 

Pada mulanya catatan masa beliau tidak dikira oleh masa perlumbaan kerana melepasi had kelajuan, namun masa perlumbaan bersetuju untuk mengekalkan catatan asal pelumba berkenaan selepas menyemak semula foto rakaman semula, dan ini meletakkan Quartararo di kedudukan teratas.

 

Rakan sepasukannya, Franco Morbidelli dari Itali menduduki tempat ketujuh terpantas dengan mencatat masa 2 minit 00.183 saat.

 

“Pusingan itu betul-betul bagus dan saya gembira dengan keputusan itu – Saya beri yang terbaik pada pusingan itu dan gembira mereka memberi balik masa kepada Valentino [Rossi] dan saya. Anda boleh sahaja pandu laju dan terdapat seorang pelumba di depan saya di pusingan pantas saya, jadi kami boleh pergi laju lagi dalam kelayakan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh pasukan berkenaan.

 

“Saya fikir adalah mungkin untuk menetapkan pusingan yang pertama 1’58. Turapan baharu itu benar-benar rata dan licin dan mempunyai cengkaman kuat; mereka telah lakukan satu tugas yang benar-benar baik,” tambah Quartararo.

 

Morbidelli pula yakin beliau dapat memperbaiki prestasi kerana beliau masih menyesuaikan diri dengan tayar belakang motornya, sebelum sesi kelayakan pada Sabtu.

 

“Kelajuan saya sudah cukup baik dengan kedua-duanya dan tayar baharu, tetapi kita masih boleh lakukan yang lebih baik. Permukaan baharu itu agak bagus; ia licin dan bagus untuk pemanduan kerana anda benar-benar boleh menikmatinya kerana tiada bonggol,” kata pelumba kelahiran Rom berumur 24 tahun itu.

Komen anda