MU nafi penularan berita gaji ‘sangkut’

218
FOTO: Musa

Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) membuat penafian berhubung penularan berita mengaitkan pasukan itu gagal membayar gaji pemain pemain Skuad B-21 (Piala Presiden) mereka seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Naib Presiden Musa, Mohd Ashiq Abd Samad berkata, khabar angin itu tidak benar dan tidak berasas memandangkan pihak persatuan sudah pun melunaskan gaji pada 2019 mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kami ingin memaklumkan bahawa tunggakan gaji pemain-pemain terbabit yang didakwa telah berlarutan sejak 5 bulan lalu seperti yang ditularkan adalah satu dakwaan yang tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, pembayaran gaji para pemain Skuad B-21 yang beraksi dalam saingan Piala Presiden 2019 bagi bulan Januari dan Februari 2019 telah pun dilunaskan mengikut terma yang ditetapkan.

“Pihak Musa dengan ini berharap tiada lagi isu seumpama ini dibangkit dan ditularkan yang hanya menjejaskan nama baik persatuan,” katanya.

Mohd Ashiq yang juga pengurus pasukan B-21 berkata buat masa ini skuad Piala Presiden tidak terkesan dengan berita tersebut dan sedang mempersiapkan diri untuk bangkit mencatat kemenangan pertama selepas tewas lima perlawanan sebelum ini.

“Pemain juga berazam untuk tampil dengan semangat dan motivasi terbaik bagi mengutip mata pada perlawanan itu sebagai peniup semangat dan momentum bagi perlawanan-perlawanan akan datang untuk pasukan kembali bersaing memburu kedudukan terbaik musim ini,” katanya.

Skuad B-23 Melaka United selepas ini dijadual menentang Terengganu di tempat lawan pada 30 Mac depan untuk aksi ke-6 Kumpulan B Piala Presiden 2019.

Komen anda