Nick teruja bersama Harimau Malaya

824

PERTAHANAN tinggi lampai PKNS FC, Nicholas Ryan Swirad yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan tidak menjanjikan bulan dan bintang buat Harimau Malaya namun akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan.

Berusia 27 tahun, Nicholas yang lebih mesra dengan panggilan Nick merupakan salah seorang pemain berdarah kacukan seperti pertahanan Pahang, Matthew Davies dan Brendan Gan dimana ayahnya berasal dari Manchester City dan ibunya berasal daripada Pulau Pinang.

Baginya, peluang tersenarai menyertai kem latihan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan impak kepada pasukan sebagai persiapan menghadapi kejohanan Piala AirMarine 2019.

“Teruja apabila dipanggil, ini peluang terbaik buat saya dan mengharapkan dapat memberikan aksi yang diperlukan pengurusan,” jelasnya.

Selain Nick, beberapa muka baharu antaranya Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Firdaus Saiyadi dan Hafiz Ramdan turut dibwawa masuk pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hone bersama 21 pemain lain menjalani latihan.

Daripada 25 pemain yang dipanggil, Cheng Hoe bakal memilih hanya 22 pemain untuk membarisi pasukan dalam kejohanan Piala AirMarine 2019 yang bakal diadakan pada 20 hingga 23 Mac nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia bakal memulakan kejohanan menentang Singapura pada aksi pertama 20 Mac (Rabu) dan seandainya menang akan menentang Oman/ Afghanistan di pentas akhir selang tiga hari kemudian bagi menentukan kejuaraan.

Bagi kejohanan kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran juara selain pentas ini dilihat sebagai peluang terbaik memperbaiki kedudukan dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Komen anda